KUALA LUMPUR 27 Julai – Jumlah permohonan menyekat laman judi dalam talian pada tahun ini me ningkat hampir sekali ganda selepas perjudian dalam talian menjadi modus operandi terbaharu sindiket itu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sejak Januari sehingga Jun tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 940 permohonan sekatan laman judi berbanding 538 permohonan tahun lalu.

“Permohonan berkenaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan daripada jumlah permohonan tahun ini, SKMM telah menyekat 301 laman judi kerana didapati menyalahi undang-undang. “SKMM akan bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras gejala ini dengan memberikan bantuan teknikal seperti membuat sekatan dan tindakan selebihnya
kami akan serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Baharu Mutiara Teknologi dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak Yatim 2015 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini yang membongkar taktik terbaharu sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik minat kaki-kaki judi. Tambah Jailani, SKMM tidak akan berdiam diri dalam bekerjasama membanteras gejala berkenaan dan pesalah boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kanun Ke seksaan atau Akta Rumah Judi Terbuka.

Dalam pada itu, SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya setakat ini telah menyertai lapan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi penguat kuasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membanteras judi dalam talian.

Menurut kenyataan itu, SKMM juga telah melaporkan aktiviti judi haram melalui kiriman SMS kepada PDRM untuk tindakan susulan. “SKMM juga sedang menjalankan semakan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mengenal pasti sama ada SMS tersebut dihantar melalui rangkaian mereka dan individu yang menghantar iklan promosi judi dalam talian
melalui SMS “peer-to-peer.”

“Bagi aktiviti perjudian dalam talian, SKMM sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama kepada PDRM dari segi teknikal seperti bantuan pembekalan maklumat, bantuan forensik termasuk tindakan berbentuk pentadbiran seperti penyekatan
laman sesawang sekiranya diperlukan,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/skmm-sekat-301-laman-judi-1.117848

For Perfect View

Suggested Browser:
Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+. This site can be navigated using the desktop and smartphones. Best viewed with minimum resolution of 1920x1080.

Disclaimer

Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd will not be responsible for any damage or loss caused by the use of the informations in this site. All informations displayed is true and correct at the time of the date and time of publications and subject to revision from time to time.

Copyright 2021 Mutiara Teknologi. All Rights Reserved.
All Trademarks Are The Property of Their Respective Owner.