PRESIDEN Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul  Rahman dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persahabatan dalam majlis anugerah Kecemerlangan Perniagaan Selangor 2016 (SEBA 2016) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Isnin lalu.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa Pekema, Datuk SM Zulkii SM Amin iaitu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Superbike Motortrade International Sdn. Bhd. (SMI) turut menerima Anugerah Masterclass : Ikon Perniagaan Tahunan (Motosikal Besar).

Zainuddin yang berada di luar negara, diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Pekema, Datuk Wahid Lasiman manakala SM Zulkii diwakili Pengarah Eksekutif Kumpulan SMI, SM Zul Khalis SM Zulkii.

Mereka menerima anugerah yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah pada majlis tersebut.

Yang Dipertua DPMMS, Mohd. Fadzly Mustafa berkata, lebih 50 kategori yang unik daripada dua kumpulan utama iaitu Masterclass dan Kecemerlangan dipertandingkan dalam edisi ketiga SEBA 2016 kali ini.

Menurutnya, penilaian dibuat melalui pencapaian dan kecemerlangan dalam semua aspek organisasi termasuk persaingan yang sihat, jualan dan pertumbhan keuntungan selain kepimpinan yang kukuh dengan keupayaan untuk memacu perniagaan ke hadapan.

“Rekod yang baik dalam melatih pekerja dan pembangunan modal insan, mempunyai pemahaman mendalam tentang pasaran serta keperluan pelanggan turut diambil kira.

“Keupayaan untuk mengenal pasti dan bertindak ke atas peluang serta cabaran baharu, rekod mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaksanaan strategi perniagaan yang inovatif selain menarik turut dinilai,” katanya.

SEBA ujar beliau, diadakan untuk mengiktiraf dan memperkenalkan usahawanusahawan serta syarikat swasta yang mempunyai daya tahan terutamanya pada waktu keadaan ekonomi yang sukar ketika ini.

“Ia juga bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan lestari pemimpin muda dan usahawan baharu untuk merangsang pertumbuhan industri serta mencapai potensi ekonomi sebenar Selangor dan negara.

“Ini adalah era digital dan cara perniagaan dijalankan hari ini sangat progresif. Itulah sebabnya kami di DPMMS sentiasa mencari idea-idea baru dan inovasi terkini untuk mengekalkan daya saing dan relevan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Worldwide Holdings Berhad merangkul tiga anugerah SEBA dalam kategori utama atau Masterclass iaitu Diversify Conglomerate – GLC dan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selain satu anugerah dalam kategori Kecemerlangan iaitu Alam Sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris pula dinobatkan sebagai CEO Sepanjang Tahun (kategori lelaki) manakala CEO Mutiara Teknologi (M) Sdn. Bhd., Puteri Mariana Abdul Majid bagi kategori wanita.
Anugerah Usahawan Sepanjang Tahun pula dimenangi oleh Pengarah Urusan Malaysian Intelligence Meters Sdn. Bhd., Datuk Mohammad Razif Mohammad Sharif sementara beberapa selebriti seperti CEO Khadijah’s Kitchen Sdn. Bhd., Datuk Khadijah Ibrahim memenangi Anugerah Kecemerlangan bagi kategori F&B.

Sumber: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/pekema-raih-anugerah-seba-2016-1.406374

For Perfect View

Suggested Browser:
Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+. This site can be navigated using the desktop and smartphones. Best viewed with minimum resolution of 1920x1080.

Disclaimer

Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd will not be responsible for any damage or loss caused by the use of the informations in this site. All informations displayed is true and correct at the time of the date and time of publications and subject to revision from time to time.

Copyright 2021 Mutiara Teknologi. All Rights Reserved.
All Trademarks Are The Property of Their Respective Owner.