News

Kemboja yang dekat tapi jauh… – Hasan Malek

By November 8, 2017 No Comments

“Kemboja ini dekat tapi terasa jauh…,”

Itu kata-kata pembukaan Duta Besar ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek kepada sekumpulan wartawan Malaysia di Phnom Penh baru-baru ini. Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu nampak lebih tenang berbanding hari-hari sebagai menteri sebelum ini.  Mungkin ramai yang tak tahu, Hasan Malek merupakan antara Ahli Parlimen pertama yang dihimpit oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan pelan besarnya untuk menumbangkan kerajaan BN melalui peralihan sokongan MP pada pertengahan tahun 2008.

Hasan yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah sejak 2004 ketika itu tegas menolak pujukan Anwar, dan dengar cerita, Anwar siap menjanjikan Hasan kedudukan yang lebih tinggi dalam kerajaan jika Hasan ikut rancangan itu. Tapi beliau tidak terpedaya dan setia dengan kerajaan BN, dan selepas PRU13 beliau dilantik Menteri KPDNKK sebelum pada rombokan Kabinet Julai 2015 digugurkan dan dilantik duta tidak lama kemudian. Orangnya lembut, mudah mesra, jujur dan berterus terang, mungkin kerana perwatakan yang begitu jawatan sebagai menteri menjaga pengguna di musim kenaikan kos sara hidup ini tidak sesuai dengannya. Tapi sebagai duta memang serasi benar. Pengalamannya yang panjang dalam pentadbiran kerajaan memudahkan tugas beliau. “Saya diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merapatkan lagi hubungan antara Kemboja dan Malaysia,”katanya yang berkemeja warna bunga lilac ditemubual selepas makan tengahhari di sebuah restoran dalam hotel di Phnom Penh. Temubual selama 30 minit itu diselang seli dalam bahasa Inggeris, Malaysia dan loghat Negeri Sembilan yang pekat, Hasan menjawab semua soalan dengan santai dan ceria. Pembantu khasnya Muhamad Razlan Ismail setia menemani bosnya dan mencari beberapa fakta yang diminta Hasan bagi melengkapkan jawapan kepada pertanyaan media Malaysia. Menurut Hasan, Malaysia antara negara yang banyak membantu Kemboja sejak dulu lagi.

“Kemboja adalah contoh kejayaan Malaysia membantu negara di Asia Tenggara, ketika Kemboja berdepan kesusahan selepas era kekejaman Pol Pot dan Malaysia merupakan negara yang paling banyak membantu. “Rakyat Malaysia dihantar untuk meneroka perniagaan di Kemboja dan membantu meningkatkan ekonomi mereka,” ujarnya. Hari ini banyak cerita kejayaan rakyat Malaysia di negara itu. “95 peratus rakyat Malaysia yang melabur di negara ini berjaya,”kata Hasan. Ada lebih kurang 2,000 rakyat Malaysia yang berkerja di Kemboja dengan pelaburan negara melibatkan berbagai sektor termasuk pembinaan, perbankan, pertanian, komunikasi, pelancongan dan perkhidmatan. Syarikat Malaysia seperti Felda, Public Bank, CIMB, Axiata, Maybank, Sunway Group, Mutiara Teknologi sudah melabur di Kemboja. Bahkan dari tujuh bank asing di negara itu, separuh adalah milik Malaysia.

“Tugas saya sebagai duta menjadi lebih lancar kerana selama ini Malaysia memang mempunyai hubungan yang baik dengan Kemboja terutamanya melibatkan perniagaan,”ujar beliau. Ramai ahli perniagaan Malaysia yang berjaya di Kemboja, antaranya Tan Sri Dr. Chen Lip Keong pemilik NagaWorld yang merupakan antara pelabur utama di negara tersebut. Dr Chen baru-baru ini masuk dalam senarai majalah Forbes dengan jumlah kekayaan USD2.8 bilion. Misi Hasan kini adalah membawa pulang sebahagian pelaburan rakyat Malaysia di Kemboja untuk dilaburkan semula di Malaysia. Sejak menjadi Duta Kemboja pada pada Mac 2016, Hasan membuat beberapa perubahan antaranya menyelaraskan bantuan kemanusian daripada berbagai NGO di Malaysia.

Sebelum ini, kebanyakkan bantuan dihantar sendiri daripada NGO kepada NGO tanpa menglibatan kedutaan, sehingga ada banyak isu antaranya tidak sampai ke kumpulan sasaran. “Saya selaraskan balik dengan bantuan Pejabat Mufti Kemboja, semua bantuan NGO-NGO ini kita agihkan ke seluruh negara dan sama rata, jadi tiada isu hanya setempat sahaja,”ujarnya. Manakala untuk pengambilan pembantu rumah warga Kemboja tanpa melalui egen ada beberapa hal perlu diselesaikan terlebih dahulu.

http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/kemboja-yang-dekat-tapi-jauh-hasan-malek.html

For Perfect View

Suggested Browser:
Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+,
This site can be navigated using the desktop and smartphones. Best viewed with minimum resolution of 1920x1080.

Disclaimer

Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd will not be responsible for any damage or loss caused by the use of the informations in this site. All informations displayed is true and correct at the time of the date and time of publications and subject to revision from time to time.

Copyright 2019 Mutiara Teknologi. All Rights Reserved.
All Trademarks Are The Property of Their Respective Owner.