Jika suatu ketika dahulu, Kemboja bukanlah lokasi pilihan para pelabur asing khususnya dari Malaysia untuk menanam modal di negara tersebut. Namun kini, Kemboja menjanjikan seribu satu peluang niaga yang terbuka luas kerana kestabilan kerajaannya dan tawaran tenaga kerja yang amat ideal untuk syarikat dari Malaysia bertapak.

Menyedari potensi besar untuk mengembangkan perniagaan di Kemboja, Mutiara Teknologi (M) Sdn. Bhd. telah mengambil peluang ini dengan menawarkan perkhidmatan Sistem Operator Telekomunikasi dan Keselamatan Awam di negara itu.

“Kami telah lama mengintai peluang di beberapa negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Filipina, Indonesia, Laos dan Kemboja. Namun antara negara berkenaan, Kemboja paling berpotensi untuk syarikat kami menjadikannya sebagai hub Sistem Operator Telekomunikasi dan Keselamatan Awam. Ini berikutan beberapa usaha proaktif yang dijalankan oleh anak syarikat Mutiara Teknologi iaitu Cam Towerlink Communication Co. Ltd yang mengintai peluang niaga di Kemboja sejak Ogos 2014. Usaha mereka
ternyata membuahkan hasil positif kerana projek ini tertakluk di bawah penyeliaan Kementerian Telekomunikasi Kemboja dan kami mendapat Lesen sebagai operator telekomunikasi tunggal untuk tempoh selama 30 tahun,” jelas Ahli Lembaga Pengarah Mutiara Teknologi, Syed Fakrurrozi Syed Agil.

Menurut beliau lagi, Mutiara Teknologi (Cam Towerlink Communication Co. Ltd) mempunyai pejabat yang terletak di No. 39 Street 608, Phnom Penh dengan 20 orang kakitangan. Ia sebagai langkah permulaan sebelum Cam Towerlink Communicationmenambah lebih ramai kakitangan tempatan selaras dengan peningkatan operasi syarikat.

“Pelabur dari Malaysia amat dialu-alukan melabur di Kemboja. Kami amat berbesar hati apabila menjadi syarikat asing yang ditawarkan untuk mengambil alih ekuiti salah satu pemegang lesen berkaitan pemasangan menara telekomunikasi.

“Berdasarkan kajian yang kami lakukan di Kemboja, perkhidmatan yang kami sediakan mampu berkembang lebih positif, dimana dalam tempoh tiga tahun akan datang Kemboja akan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Mutiara Teknologi,” tegas Syed Fakrurrozi lagi.

Sementara itu seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah Mutiara Teknologi, Muhamad Azli Said berkata, Mutiara Teknologi mengambil risiko melabur di sebuah negara yang sedang membangun.

“Dari tempoh 2015-2017, syarikat kami akan membuat pelaburan kira-kira USD200 juta bagi pembinaan prasarana, kakitangan dan perbelanjaan berkaitan bagi mengukuhkan kedudukan Cam Towerlink Communicationdi Kemboja. “Cam Towerlink Communication bakal memperkenalkan binaan struktur menara mesra alam dengan menekankan konsep teknologi hijau selaras dengan perkembangan semasa dalam sektor komunikasi yang semakin mengambil serius tentang pendekatan tersebut. Ia juga memberi pelbagai impak khususnya dalam membina jaringan perniagaan yang lebih baik dan usaha penjenamaan syarikat,” tegas Muhamad Azli lagi mengenai perancangan jangka panjang syarikat.

Cam Towerlink Communication dijangka membina 2000 buah menara yang menggunakan teknologi penyamaran (camouage) dimana setiap menara komunikasi yang dibina akan mempunyai bentuk yang tersendiri dan berasimilasi dengan persekitaran tapak menara. Sebagai contoh jika lokasi menara tersebut dibina mempunyai banyak bangunan berbentuk bangunan tradisional, maka
menara tersebut juga dibina menggunakan elemen yang sama.

Selain berperanan sebagai penyedia perkhidmatan Sistem Operator Telekomunikasi dan Keselamatan Awam, Mutiara Teknologi juga giat menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menjayakan pelbagai aktiviti di beberapa buah sekolah tahz dan sekolah agama Islam di Kemboja.

Antaranya Mutiara Teknologi membangunkan Madrasah Alilmu Nurul Iman yang mempunyai 500 orang pelajar dan 10 tenaga pengajar.

Menurut Syed Fakrurrozi, selain menjalankan program CSR di Madrasah Alilmu Nurul, mereka juga sedang memantau dan membantu sebuah lagi sekolah agama iaitu Darul Uloom Nasiruddinyang mempunyai 120 orang pelajar dengan 8 orang tenaga pengajar pada ketika ini amat memerlukan sokongan berbentuk dana demi survival sekolah tersebut.

“Kami sedar, selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan kami juga wajar memberi sumbangan kepada komuniti Islam yang masih lagi dibelenggu kemiskinan yang membataskan perkembangan sosio ekonomi dan kehidupan harian mereka.

“Sebut sahaja nama Malaysia, penduduk Kemboja amat menghormati kita, tidak sahaja sebagai negara yang paling banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Kemboja malah menyokong perkembangan agama Islam yang pernah terancam akibat peperangan suatu ketika dahulu,” jelas Syed Fakrurrozi Selain menyumbang dana bagi urusan kewangan sekolah agama dan tahfiz berkenaan, Mutiara Teknologi juga mengambil beberapa langkah proaktif agar pihak pengurusan sekolah dan pelajarnya mampu menjana pendapatan sendiri.

“Kami membimbing kakitangan dan para pelajar sekolah berkenaan dengan memperkenalkan konsep usaha-tani seperti tanaman lada hitam yang berpotensi memberi pendapatan aktif kepada mereka untuk jangka masa panjang. Lada hitam amat sesuai ditanam di Kemboja kerana cuaca dan permintaannya yang tinggi.

“Usaha ini menjadi pelengkap apabila Mutiara Teknologi memberi dana khususnya bagi membeli tanah di sekitar tapak sekolah tahz berkenaan agar boleh diusahakan dalam skala yang lebih praktikal di masa akan datang,”tambah Muhamad Azli.

Menelusuri sejarah penubuhan Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 1999 hasil perkongsian modal dua orang rakan niaga.

Ketika itu Muhamad Azli Said dan Mustapah Jalil menceburkan diri dalam dunia perniagaan Pembekalan Sistem Integrasi Teknologi Maklumat dan Keselamatan Awam dengan modal berbayar hanya sebanyak RM100 ribu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara Teknologi, Puteri Mariana Abdul Majid, Mutiara Teknologi banyak mendapat kepercayaan dari pelbagai kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

“Selain itu, Mutiara Teknologi turut mendapat kepercayaan daripada pihak Hospital, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dan Telekom Malaysia (TM).

“Kini kami boleh tersenyum bangga kerana jumlah modal berbayar syarikat kini melonjak kepada RM3 juta. Mutiara Teknologi memulakan operasinya dengan jumlah kakitangan ketika itu hanya tiga orang sahaja tetapi kini telah meningkat kepada 70 orang dan kekal beroperasi di Bandar Baru Bangi,”jelas Puteri Mariana lagi.

Mutiara Teknologi yang kini diterajui oleh Puteri Mariana semakin berkembang kukuh dalam sektor perniagaan Sistem Teknologi Komunikasi dan Keselamatan Awam. Menurut beliau, pelbagai cabaran perlu dilalui dan harus ditangani dengan bijak, tiada jalan pintas untuk memastikan kejayaan Mutiara Teknologi yang kini berjaya tidak sahaja di Malaysia malah di pentas global (Kemboja).

“Mutiara Teknologi perlu kompeten agar mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri berkaitan kerana ia bergerak pantas selari dengan perubahan gaya hidup dan teknologi, “ jelas Puteri Mariana.

Sumber: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/mutiara-teknologi-tembusi-pasaran-kemboja-1.114715

For Perfect View

Suggested Browser:
Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+,
This site can be navigated using the desktop and smartphones. Best viewed with minimum resolution of 1920x1080.

Disclaimer

Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd will not be responsible for any damage or loss caused by the use of the informations in this site. All informations displayed is true and correct at the time of the date and time of publications and subject to revision from time to time.

Copyright 2019 Mutiara Teknologi. All Rights Reserved.
All Trademarks Are The Property of Their Respective Owner.